Mengenai UCSI Hospital
- UCSI Hospital mula beroperasi pada Mac 2021 sebagai sebuah hospital dengan kapasiti 130 katil, dan akan berkembang secara berperingkat sehingga mencapai kapasiti penuh sebanyak 1,000 katil.
- Sebagai satu-satunya hospital swasta di Malaysia yang turut mempunyai sayap perkhidmatan awam, UCSI Hospital memperluaskan akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti untuk masyarakat.
- Sebagai sebuah hospital penjagaan tertiari, UCSI Hospital komited memacu kemajuan dalam perkhidmatan kesihatan dan sains perubatan melalui kerjasama dengan beberapa universiti terkemuka dunia.
Data pesakit serta maklumat berkaitan komplikasi kesihatan direkodkan secara sistematik
Data dipantau secara berterusan sepanjang tempoh rawatan
Doktor menganalisis data untuk mengenal pasti rawatan yang paling berkesan dan mengurangkan prosedur yang tidak diperlukan
Pengurusan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan diabetes menjadi lebih efektif
Sistem digital bersepadu memudahkan komunikasi antara pesakit, doktor dan jururawat
Ujian yang berulang dapat dielakkan kerana semua maklumat tersedia dalam sistem yang sama
Sistem yang sedang dibangunkan ini akan membawa perubahan besar terhadap cara penjagaan kesihatan disampaikan dan diuruskan. Daripada kawalan kos dan peningkatan kecekapan sehinggalah kepada penjagaan pencegahan, manfaatnya amat ketara. Inilah komitmen kami dalam merealisasikan penjagaan kesihatan yang lebih pintar.