Tan Sri Noor Hisham at i-Medik




 

392884473_17996905667508546_5578980108297354506_n.jpgTeks daripada Tan Sri:

 

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Pink October 2023, pihak RTM Negeri FM telah  menganjurkan wawancara pengesanan awal kanser payudara pada pagi ini.

 

Alhamdulillah, wawancara ini berjalan dengan baik dan santai. Kanser bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pesakit, tetapi ia turut memberi kesan negatif termasuk psikososial dan ekonomi kepada keluarga serta pembangunan ekonomi negara. 

 

Secara amnya, faktor-faktor risiko kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease, NCD) yang lain. Pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.

 

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan menjalani saringan kesihatan secara berkala pada setiap tahun.