Official Launching of UCSI Hospital by DYMM, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Darul Khusus, Tuanku Muhriz




32_DSC04513_LaunchingUCSIHospital151123 (1).jpg

From the Office of Tan Sri Dr.Noor Hisham, UCSI Healthcare Chairman:

Saya dan warga kerja hospital UCSI amat teruja dengan Perasmian Hospital UCSI Springhill oleh DYMM, YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, DARUL KHUSUS, 
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM, TUANKU MUNAWIR

Selaku Pengerusi, Kumpulan Penjagaan Kesihatan UCSI, saya merasa amat berbesar hati dan gembira untuk berkongsi visi dan misi hospital UCSI serta komitmen untuk memajukan penjagaan kesihatan dalam komuniti dan seterusnya. 

Tanggal 1 hb bulan Mac tahun 2021, Hospital UCSI membuka pintu dan menerima kehadiran para pesakit sulung ke hospital ini. 

Tugasan untuk memulakan operasi sebuah Hospital baru,  sewaktu negara sedang dilanda kemuncak pandemik Covid-19 peringkat global, memang tidak dinafikan adalah sangat mencabar, ia menuntut usaha yang gigih, ditandai dengan lanjutan masa dan kesukaran di peringkat permulaan. Ketika itu, Hospital UCSI terlibat secara langsung dalam program vaksinisasi kebangsaan, perawatan dan pengasingan kes berkaitan dengan Covid-19.

Tumpuan kami untuk penyembuhan bukan hanya kepada rawatan semata-mata tetapi merangkumi empati, pemahaman, dan pendekatan holistik terhadap perubatan kesihatan.

Dengan memupuk budaya kerja berpasukan, komunikasi dan berkongsi kepakaran, kami memastikan setiap pesakit menerima penjagaan yang komprehensif dan teratur. 

Penyelidikan pula adalah penggerak di sebalik idea kreatif dan inovasi, serta pendidikan adalah pemangkin kepada transformasi.  Dengan melabur dalam inisiatif penyelidikan yang canggih dan memupuk generasi profesional penjagaan kesihatan yang akan datang, kami boleh menganjak sempadan pengetahuan perubatan dan menterjemahkan penemuan terkini kepada peningkatan terbaik dalam penjagaan pesakit. 

Salah satu matlamat utama kami adalah untuk memupuk perkongsian awam-swasta yang teguh yang bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan tetapi juga menangani keperluan asas kesihatan komuniti, terutamanya segmen B40. 

Ketika ini kami sedar, akan kepentingan untuk meringankan kesesakan dan beban kemudahan penjagaan kesihatan awam sedia ada di Hospital Port Dickson dan  Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. 

Hospital UCSI pula mampu dan  bersedia untuk memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesesakan hospital awam ini dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan boleh diakses kepada penduduk di sekitar kawasan berdekatan.

Melalui kerjasama strategik, kami menyasarkan dapat merapatkan jurang perbezaan penjagaan kesihatan dan memastikan penduduk B40 menerima penjagaan yang sepatutnya. 

Hospital UCSI bersedia membuka dan menawarkan perkhidmatan kepada pesakit awam. Sebagaimana hospital awam memberi perkhidmatan kepada pesakit swasta ataupun pesakit bayar penuh. Ini jelas terjalin ketika kita bersama menangani pandemik Covid-19

Hospital UCSI bukan sahaja tertumpu sebagai pusat penyembuhan tetapi juga destinasi bagi mereka yang mencari pendidikan perubatan kelas pertama. 

                        106_DSC04689_LaunchingUCSIHospital151123.jpg 111_DSC04702_LaunchingUCSIHospital151123.jpg25_DSC04495_LaunchingUCSIHospital151123.jpg